Wednesday, February 25, 2015

CERITA JAHIT : Jualan murah/mega sale di LSN

Sabtu lepas sempat aku menjenguk kat LSN cheras lps terpampang sale sempena CNY dekat wall muka buku...Walaupun tujuan hanya ingin menjengah...tapi akibat berpinar mata sempat aku grab 2 3 barang...dekat sejam jugak aku dalam kedai yg xseberapa besar sbb agak kagum ade bermacam-macam jenis mesin jahit...gataly tangan ni untuk mencuba..terus bercita-cita nk beli mesinjahit sulam.. :)

Hasil tuaian aku:
1. 100 psc benang (harga rm90) jadi rm63..jenama dolphin lagi
2. Getah pinggang rm15  jadi rm8.72
3. Benang mesin overlock rm5 3.78..grab 3 psc jadi rm11.34
4. Getah tangan biasa - rm2.32
5. Getah tangan bulat - rm2.32

Total  : rm130   rm87.70...byk jimat tu..






















Sebelum satu kedai aku borong n kene bebel kat husband baik aku keluar dr kedai...


Tuesday, February 17, 2015

CERITA JAHIT : Hobi masa lapang

Kebiasaanya kalau aku tak  ade kerja khususnya bila anak tengah tido atau kat luar menunggu masa tu mulalah kusyuk jer tangan mencari maklumat-maklumat atau melihat design terkini...

Sebenarnya tak kira ape jenis maklumat yang pasti pasal jahitan...xkisahlah nak cari kedai murah ker, msalah jahitan ..en. google lah yang banyak membantu mencarinya...

Bila dah terlalu kusyuk masa pun cepat jer berlalu dan sejam dua tu dah biasa..alhamdulillah memiliki smartphone mmg terlalu banyak membantu aku dalam urusan harian. Sekurangy boleh digunakan ke arah yang berfaedah bukan stakat berselfie shj..hehe..



CERITA JAHIT : Kain velentro murah di jakel

Minggu lepas sempat aku ke jakel mencari kain untuk membuat jubah princess cut.. kebetulan masa tu jakel ade buat jualan murah.. memang terbaiklah kan...buat aku rambang mate.jakel oh jakel...

Lepas dua tiga kali duk round jakel s.alam tingkat 1-3..so belilah kain valentro ...harga bidang 60 lepas diskaun rm18.50..harga betul rm38/meter... klu bidang 45 rm 15..so aku beli 4 meter yang bidang 60..beli color purple lembut..

Lepas tu terasa nak buat halfmoon gune kain paisley pulak..so grab lah 1.5 meter dengan harga selepas diskaun rm10.00/meter..harga sblm less rm14.50..sebelum balik round lagi..tgk bahagian prada lace..huhuhu..rambang mata dibuatnyalah..

Tgk jam rupanya dah sejam lebih aku duk dalam tu...teringat suami dan anak menunggu kat kete...dah lah tengah ari time tu...sampai jer turus kene perlilah...kate nak sekejap jer..ni dah macam buat baju kurung jer lamanya...so, sengeh jerlah kan..

Monday, February 9, 2015

JAHITANKU : Tugas yang menanti

List atau assignment untuk jahitanku..hehehe..bile nak start pun tak tahu..

Baju kurung biasa - 2 pasang
Baju kurung moden - 3 pasang
Jubah - 1 pasang
Tudung halfmoon - 4 helai
Kebaya - 1 pasang
Baju Melaju dewasa - 2 pasang
Baju Melayu budak - 2 pasang

Moga semuanya dipermudahkan..

CERITA JAHIT : Menjahit perlukan kesabaran

2 minggu lepas aku pergi makan kat satu kedai kat rawang...rasanya nama resepi ibunda restoran..masa tu aku ngah pegang peralatan menjahit aku dzn tengah tunggu husband pick up..so aku lepak pekene nasi ayam..disebabkan aku sorang so makcik aka tokeh kedai tu datang lepak kat sana..

Bila tengok peralatan menjahit die tanya aku,

makcik : menjahit baju ker?
aku       : Aah saje isi masa dan minat
makcik : Baguslah muda-muda dah nak menjahit
aku       : Sy dah tak muda makcik dah masuk 3-series dan aku gelak..
makcik : oklah tu..makcik tak boleh menjahit sbb tak sabar..makcik boleh menjahit tapi kalau salah dan kene ulang atau tetas balik benang makcik mula nak marah...menjahit ni kene sabar.. tapi makcik bukan jenis sabar orang nya

Selepas tu perbualan terkisar dengan topik seterusnya sampai aku abis makan, bayar dan blah dari kedai tu...

Dalam perjalanan balik aku terfikir balik perbualan dengan makcik tadi.memang dalam jahitan perlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi..mungkin juga dengan menjahit dapat mengajar kite erti bersabar.tetas pakaian atau ulang jahitan adalah perkara yang biasa.. kalau seseorang tak sabar memang tak boleh nak teruskan. Menjahit boleh juga disamakan dengan hobi memancing dalam bab sabar. Hanya orang yang benar-benar minat sahaja yang tak rasa ia adalah sesuatu yang susah.

Thursday, February 5, 2015

JAHITANKU: BAJU KURUNG BIASA VS BAJU KURUNG PIPING

Beza antara baju kurung biasa dengan piping adalah baju kurung piping dijahit bersama piping di setiap tepi baju kurung. Piping akan dijahit secara teliti agar jahitan nya sama. kebiasaan baju kurung piping ini adalah lebih mahal daripada baju kurung biasa kerana ia perlukan ketelitian.

Baju kurung biasa :
Jenis kain : english cotton
Size : custom size
kemasan : tulang belut, silang pangkah

































------------------------------------------------------------------

Baju kurung piping
Jenis kain : cotton lembut
Size: custom
kemasan : piping, silang pangkah















ASAS JAHITAN : Perkara asas dalam jahitan

Jika ingin masuk dalam jahitan ade beberapa peralatan asas yang biasa digunakan oleh tukang jahit untuk memastikan kerja menjadi lancar dan lengkap. Antara peralatan biasa adalah:

1. Gunting untuk memotong kain. Gunting untuk memotong kain tidak boleh digune untuk menggunting kertas sebab gunting akan menjadi tumpul. 
.

2. Penetas baju.Penting semasa membuat kekemasan baju..membuang benang-benang yang tidak diperlukan














3. Kapur/pensil khas yang digunakan untuk menanda baju supaya mengikut ukuran yang telah diambil..














4.Jarum yang digunakan untuk menjahit seperti 
Jarum menjahit tangan - untuk menjahit jelujur dan sebagainya
Jarum peniti - supaya kain tidak bergerak
Jarum menjahit mesin














5. Roda surih... ia digunakan bersama dengan kertas karbon untuk menanda dat atau bahagian dalam kain dan tidak akan merosakkan kain..garisan tanda adalah garisan putus-putus.














OPTIONAL :
Box asas menjahit


















box yang dilengkapi gunting, tape, benang, gunting, butang-butang, jarum, peniti dan lain-lain.


Wednesday, February 4, 2015

Jahitan dan kekemasan ku

Bismillahhirrahmanirrahim...

Akhiry dapat jugak mewujudkan satu blog untuk bercerita tentang hobiku iaitu menjahit sejak dari dulu sampai sekarang..minat dalam jahitan memang tidak dapat dibendung lagi.. alangkah bagusnya kalau dari dlu aku bekerja dalam bidang ini..tapi mungkin tak terlambat lagi aku terus melangkah kebidang ini meninggalkan bidang IT yang merupakan punca rezeki aku sekarang. Qada' dan qadar Allah sentiase terbaik untuk aku.

Minat menjahit terus membawa aku mendalami ilmu jahitan khususnya daripada org yang lebih berpengalaman dalam bidang ini...ketika tangan memegang jarum atau kaki mengayuh pedal mesin ketika itu seolah berada dalam dunia berasingan dan begitu mengujakan..sampaikan masa melangkah laju pun tak disedari..itulah umpamanya aku dlm dunia jahitan ini..

Biar pun baru setahun jagung atau baru nak menerjah ke alam jahitan ini..tetapi mana mungkin aku rasa sesuatu yang susah kerana ini semua disebabkan minat yang mendalam...andai diberi masa terluang 7 hari seminggu selama itulah aku sanggup mengabdikan diri dalam bidang ini..tetapi tanggungjawab lain yang sememangnya yang menjadi kewajipanku kene dilaksanakan juga sebaik mungkin..itulah kehidupan..tetapi semuanya itu langsung tidak akan mematahkan semangat dan keinginan aku..

Terima kasih khususnya kepada suami dan anak-anakku kerana menjadi tulang belakang untuk aku terus berdiri dan bersemangat meneruskan harian aku yang sememangnya agak mencabar dan memerlukan kesabaran ini...akan kita laluinya bersama-sama..

Terutama sekali terima kasih kepada penciptaku yang sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...terima kasih Ya Allah...