Akhiry dapat jugak mewujudkan satu blog untuk bercerita tentang hobiku iaitu menjahit sejak dari dulu sampai sekarang..minat dalam jahitan memang tidak dapat dibendung lagi.. alangkah bagusnya kalau dari dlu aku bekerja dalam bidang ini..tapi mungkin tak terlambat lagi aku terus melangkah kebidang ini meninggalkan bidang IT yang merupakan punca rezeki aku sekarang. Qada' dan qadar Allah sentiase terbaik untuk aku.
Minat menjahit terus membawa aku mendalami ilmu jahitan khususnya daripada org yang lebih berpengalaman dalam bidang ini...ketika tangan memegang jarum atau kaki mengayuh pedal mesin ketika itu seolah berada dalam dunia berasingan dan begitu mengujakan..sampaikan masa melangkah laju pun tak disedari..itulah umpamanya aku dlm dunia jahitan ini..
Biar pun baru setahun jagung atau baru nak menerjah ke alam jahitan ini..tetapi mana mungkin aku rasa sesuatu yang susah kerana ini semua disebabkan minat yang mendalam...andai diberi masa terluang 7 hari seminggu selama itulah aku sanggup mengabdikan diri dalam bidang ini..tetapi tanggungjawab lain yang sememangnya yang menjadi kewajipanku kene dilaksanakan juga sebaik mungkin..itulah kehidupan..tetapi semuanya itu langsung tidak akan mematahkan semangat dan keinginan aku..
Terima kasih khususnya kepada suami dan anak-anakku kerana menjadi tulang belakang untuk aku terus berdiri dan bersemangat meneruskan harian aku yang sememangnya agak mencabar dan memerlukan kesabaran ini...akan kita laluinya bersama-sama..
Terutama sekali terima kasih kepada penciptaku yang sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...terima kasih Ya Allah...
No comments:
Post a Comment