Monday, February 9, 2015

CERITA JAHIT : Menjahit perlukan kesabaran

2 minggu lepas aku pergi makan kat satu kedai kat rawang...rasanya nama resepi ibunda restoran..masa tu aku ngah pegang peralatan menjahit aku dzn tengah tunggu husband pick up..so aku lepak pekene nasi ayam..disebabkan aku sorang so makcik aka tokeh kedai tu datang lepak kat sana..

Bila tengok peralatan menjahit die tanya aku,

makcik : menjahit baju ker?
aku       : Aah saje isi masa dan minat
makcik : Baguslah muda-muda dah nak menjahit
aku       : Sy dah tak muda makcik dah masuk 3-series dan aku gelak..
makcik : oklah tu..makcik tak boleh menjahit sbb tak sabar..makcik boleh menjahit tapi kalau salah dan kene ulang atau tetas balik benang makcik mula nak marah...menjahit ni kene sabar.. tapi makcik bukan jenis sabar orang nya

Selepas tu perbualan terkisar dengan topik seterusnya sampai aku abis makan, bayar dan blah dari kedai tu...

Dalam perjalanan balik aku terfikir balik perbualan dengan makcik tadi.memang dalam jahitan perlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi..mungkin juga dengan menjahit dapat mengajar kite erti bersabar.tetas pakaian atau ulang jahitan adalah perkara yang biasa.. kalau seseorang tak sabar memang tak boleh nak teruskan. Menjahit boleh juga disamakan dengan hobi memancing dalam bab sabar. Hanya orang yang benar-benar minat sahaja yang tak rasa ia adalah sesuatu yang susah.

No comments:

Post a Comment